PAT Sana-Sini

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK SANA-SINI

Ruangan ini memaparkan amalan-amalan terbaik beberapa sekolah di tanah air yang boleh menjadi panduan dan idea kepada pengetua-pengetua dalam rangka melaksanakan pelan pemajuan sekolah.


ZIARAH AIDIL FITRI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI SMK CONVENT JALAN PEEL
Ia merupakan usaha kolaboratif di antara Kindness Malaysia dengan SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur.  Catatan pengalaman Cikgu Norwahayu binti M. Nordin,  Sukarelawan Kindness Malaysia dari SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur boleh dibaca di pautan http://www.donateforummah.com/2017/08/air-mata-dan-penawar.html

Sumber: www.donateforummah.com




SMK RANCHA-RANCHA JUARA TIGA TAHUN SKETSA RUKUN NEGARA

Sumber:   Utusan Borneo (Sabah) 25 Aug 2017


LABUAN: SMK Rancha-Rancha muncul johan Sketsa Penghayataan Rukun Negara peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2017 anjuran Jabatan Penerangan Labuan yang diadakan di Anjung Budaya, Perbadanan Labuan, Layang-Layangan pada Sabtu.

Sketsa bertajuk ‘Warung’ itu merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut SMK Rancha-Rancha dalam pertandingan berkenaan.

Selaku johan, SMK Rancha-Rancha membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500, sijil dan piala.

Sekolah itu juga memenangi hadiah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan Nurul Umairah Salim pelajar tingkatan 2, yang memegang watak Cik Kunah.

KHALID (empat kiri) menyampaikan hadiah johan kepada Omar Baki sambil diperhatikan Azman (dua kiri), Asbolah (empat kanan), Rohani (dua kanan), Fuaziah (tiga kanan) dan Jasmini (kiri).

Naib johan SMK Labuan dan ketiga SMK Mutiara, Skrip Terbaik SMK Taman Perumahan Bedaun manakala Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi pelajar SMK Mutiara.

Guru pembimbing Cikgu Jasmini Daud berkata, pertandingan sketsa Penghayatan Rukun Negara kali ini menunjukkan persaingan yang agak sengit.

Katanya, setiap sekolah berusaha untuk merebut gelaran johan namun komitmen para pelakon, latihan yang konsisten, pembawaan watak yang baik, kesungguhan dan kerjasama kuat yang ditunjukan oleh pelajar SMK Rancha-Rancha, membuahkan hasil yang cukup membanggakan.

Penghayatan pelajar terhadap Rukun Negara juga membantu kelancaran lakon dalam sketsa dan secara langsung dapat menyuburkan kecintaan pelajar kepada negara.

“Kefahaman yang mendalam inilah salah satu kunci kelancaran mereka menyampaikan dialog-dialog dan secara langsung penghayatan itu dapat disampaikan dengan berkesan,” katanya penuh bangga.

Pengetua SMK RanchaRancha Omar Baki Matusin sangat berpuas hati dengan persembahan pelajar sekolah itu di pentas sketsa tahun ini.

Beliau berkata usaha guru pembimbing dan pelajar yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil.

“Jika ingin bertanding berlatihlah lebih awal, tidak ada lagi istilah bertanding hanya untuk mencuba-cuba atau penyertaan semata-mata. Guru dan pelajar perlu meletakkan sasaran untuk membawa pulang kejayaan kepada sekolah,” katanya.

Beliau mengucapkan syabas kepada Jasmini yang dapat menghasilkan skrip baik dan melatih pelajar hingga mampu berlakon dengan menyakinkan di atas pentas tanpa mengabaikan penghayataan Rukun Negara yang merupakan satu perkara yang sangat baik dan bermanfaat.

“Pelajar juga telah diajar untuk berdikari dan meneroka ilmu baharu dalam aktiviti berkumpulan seperti ini. Ia merupakan salah satu aktiviti penerapan nilai KBAT dan kokurikulum,” katanya.

Pertandingan itu dibuka kepada Kelab 1Malaysia sekolah-sekolah menengah di WP Labuan.

Selain SMK RanchaRancha, enam lagi sekolah menengah yang menyertai pertandingan itu ialah SMK Labuan, SMK Mutiara, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Pantai, SMK Lajau dan SM Sains Labuan.

Pertandingan itu bertemakan penghayatan rukun negara di mana setiap kumpulan bebas membawa pelbagai tajuk.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Khalid Abdul Ghani.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia WP Labuan Azman Sipan, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Labuan Asbolah Amit, Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Labuan Rohani Harithuddin dan PK Kokurikulum SMK RanchaRancha Fuaziah Idris.


MISI BANTUAN MANGSA BANJIR KE SHAH ALAM DAN BANTING SELANGOR







Pada 1 Januari 2021, NYDP dan YDP MPSM Kebangsaan menyertai MPSM Selangor turun ke SMK Taman Sri Muda Shah Alam yang ditimpa musibah banjir, untuk menyampaikan sumbangan. Kami mendoakan semoga Tuan Pengetua dan semua warga SMK Taman Sri Muda tabah menghadapi ujian.
MPSM Prihatin






























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...