Monday 30 October 2017

Majlis Persaraan Bendahari MPSM Kebangsaan

Ahli Jawatankuasa MPSM Kebangsaan mengucapkan selamat bersara kepada Puan Hajah Inson binti Derani, Pengetua SMK Pandan Mewah, Ampang, Selangor merangkap Bendahari MPSM Kebangsaan yang akan bersara secara rasmi pada 31 November 2017.


Puan Hajah Inson telah berkhidmat sebagai bendahari lebih daripada 4 tahun dengan cemerlang. MPSM mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkhidmatan yang telah diberikan kepada MPSM Kebangsaan sepanjang beliau bertugas sebagai Bendahari. Majlis persaraan Hajah Inson telah diadakan di sekolah beliau di SMK Pandan Mewah.



Hajah Faridah dan Hajah Asiah


Turut hadir meraikan beliau adalah Puan Hajah Faridah Abd. Ghani, Setiausaha Kehormat MPSM Kebangsaan dan Puan Hajah Asiah Zainal Abidin, Penolong Setiausaha Kehormat MPSM Kebangsaan.



Selamat bersara Hajah Inson. Semoga lebih bahagia bersama keluarga, berbahagia di dunia dan sejahtera di akhirat. Aamiin.

Wednesday 25 October 2017

Majlis Makan Malam "Transformasi Kepimpinan Legasi Dikenang Budi Disanjung"

Majlis meraikan persaraan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke-15, Tan Sri Dr.Khair bin Mohamad Yusof dan pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ke-16, Datuk Dr. Amin bin Senin telah diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dalam suatu majlis makan malam yang bertemakan Transformasi Kepimpinan Legasi Dikenang Budi Disanjung" pada 25 Oktober 2017.






Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa MPSM Bil.4/2017

Mesyuarat Pengurusan Jawatnkuasa MPSM Bilangan 4 Tahun 2017 telah dijalankan pada 24 hingga 26 Oktober 2017 bertempat di Hotel Premiera, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

 Bilik seminar Hotel Premiera
Mesyuarat kali ini memfokus kepada persediaan MPSM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan mengelolakan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-57 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada April 2018 nanti.


Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-57 telah dibentangkan oleh Puan Siti Sarimah, Yang Dipertua MPSM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Puan Siti Sarimah
Mesyuarat kali ini turut membincangkan perihal sekolah sukan negeri yang menghadapi masalah dalam pengurusan sukan kerana peruntukan terhad daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Mesyuarat mencadangkan supaya sekolah-sekolah sukan negeri hendaklah diletakkan terus di bawah pentadbiran Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana kedudukannya di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian boleh menyebabkan permbangunan sekolah-sekolah sukan negeri terbantut. Buat masa ini sekolah-sekolah sukan negeri ditadbir oleh Bahagian Sukan dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Mesyuarat juga memutuskan Kembara MPSM diteruskan bagi menguar-uarkan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Ke-57. Pengelolaan kembara MPSM hanyalah di peringkat negeri  masing-masing.                                   

Friday 20 October 2017

Ucapan Tahniah Kepada KPPM dan TKPPM Baharu 2017

Majlis Pengetua Sekolah Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada  YBhg. Datuk Dr. Amin Senin yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang ke-16 berkuatkuasa pada 19 Oktober 2017 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Dr.Khair Mohamad Yusof yang telah bersara.

Penyampaian watikah dari KSN kepada Datuk Dr.Amin

Tahniah YBhg. Datuk Dr.Amin
MPSM mendoakan YBhg. Datuk Dr. Amin Senin dapat menerajui dengan cemerlang transformasi pendidikan negara. 

Yang Dipertua MPSM Kebangsaan,, Haji Jamaludin Yaacob, Setiausaha Kehormat MPSM Kebangsaan, Hajah Faridah Abd Ghani dan Penyelaras MPSM Kebangsaan, Encik Haris Yahaya telah membuat kunjungan hormat serta mengucapkan tahniah atas pelantikan YBhg. Datuk Dr. Amin Senin  sebagai KPPM yang baharu di pejabat beliau di Putrajaya. Seterusnya MPSM Kebangsaan menjemput YBhg. Datuk KPPM hadir dalam majlis makan malam bersama MPSM Kebangsaan pada 25 Oktober 2017.

Di pejabat KPPM pada 19 Oktober 2017
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Aminudin Adam di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) mulai 19 Oktober 2017.


Majlis Pengetua Sekolah Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dr. Haji Zainal Aalam Hassan di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) mulai 19 Oktober 2017.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...