Majlis Pengetua Sekolah Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Dr. Amin Senin yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang ke-16 berkuatkuasa pada 19 Oktober 2017 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Dr.Khair Mohamad Yusof yang telah bersara.
Penyampaian watikah dari KSN kepada Datuk Dr.Amin |
Tahniah YBhg. Datuk Dr.Amin |
MPSM mendoakan YBhg. Datuk Dr. Amin Senin dapat menerajui dengan cemerlang transformasi pendidikan negara.
Yang Dipertua MPSM Kebangsaan,, Haji Jamaludin Yaacob, Setiausaha Kehormat MPSM Kebangsaan, Hajah Faridah Abd Ghani dan Penyelaras MPSM Kebangsaan, Encik Haris Yahaya telah membuat kunjungan hormat serta mengucapkan tahniah atas pelantikan YBhg. Datuk Dr. Amin Senin sebagai KPPM yang baharu di pejabat beliau di Putrajaya. Seterusnya MPSM Kebangsaan menjemput YBhg. Datuk KPPM hadir dalam majlis makan malam bersama MPSM Kebangsaan pada 25 Oktober 2017.
Di pejabat KPPM pada 19 Oktober 2017 |
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Aminudin Adam di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) mulai 19 Oktober 2017.
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dr. Haji Zainal Aalam Hassan di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) mulai 19 Oktober 2017.
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dr. Haji Zainal Aalam Hassan di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) mulai 19 Oktober 2017.
No comments:
Post a Comment