Wednesday 2 December 2015

Jelajah YDP Ke Negeri Sembilan

Alhamdulillah, selepas selesai mesyuarat Pengetua-pengetua Sekolah Berasrama Penuh di The Royale Bintang Resort and Spa, Seremban, Tuan Haji Jamaluddin Yaacob, YDP MPSM Kebangsaan telah berkunjung ke SM Sains Tuanku Munawir, (SASER), Seremban. Tujuan kunjungan adalah untuk menyampaikan sumbangan MPSM Kebangsaan kepada Pengetua SASER, Tuan Haji Sabuddin Hj.Sani yang pasukan cak lempong sekolahnya telah mengambil bahagian dalam Malam Kebudayaan dengan memberikan persembahan yang menarik di RCELAM Ke-4 yang berlangsung di IAB Cawangan Genting Hghlands pada 17 November 2015 yang lalu.



Seterusnya YDP MPSM telah dibawa ke Kuala Klawang yang terletak lebih kurang 30 km dari Seremban menuju ke SMK Undang Jelebu bagi tujuan yang sama. Pengetua SMK Undang Jelebu yang baharu, Haji Hashim Othman (menggantikan Tuan Haji Nor Hashim Othman, Yang Dipertua MPSM Negeri Sembilan) telah sedia menyambut kami di perkarangan pejabat sekolah.

YDP menanda tangani buku pelawat SMK Undang Jelebu
Setelah menanda tangani buku pelawat, satu majlis ringkas penyerahan sumbangan MPSM Kebangsaan kepada Encik Mohd Effendi bin Othman, jurulatih pasukan tarian SMK Undang Jelebu, merangkap Ketua Bidang telah dijalankan disaksikan oleh Tuan Haji Hashim bin Othman, pengetua SMK Undang Jelebu.


Alhamdulillah, selepas selesai majlis penyampaian sumbangan, kami telah dijamu dengan durian Jelebu yang terkenal dengan keenakannya. Terima kasih Tuan Haji Hashim! Nampaknya langkah kanan kami,,,,


Selepas makan durian, kami bergerak ke Kampai, lebih kurang 10 minit daripada SMK Undang Jelebu menghala ke  Simpang Pertang. Di Kampai terdapat gerai menjual kueh bom yang terkenal, pernah muncul di kaca televisyen dan di dada-dada akhbar beberapa tahun dahulu. Kueh bom ini dikenali dengan nama jolokan bom tempayan. Klik di sini untuk berita di utusan online.


Apakah keistimewaan bom tempayan ini? Keistimewaan kueh bom tempayan ini adalah adunan tepungnya dibuat di dalam tempayan besar seperti gambar di bawah.

Inilah tempayan di mana adunan kueh bom dihasilkan

Kueh bom tempayan ini mempunyai tekstur yang lembut dan kelembutannya tahan untuk beberapa jam. Ia garing di luar, lembut di dalam. Kuah sambal turut dihidangkan bersama kueh bom sebagai pencicahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...