Monday 22 May 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan - Semakan Akhir Buku Kembara MPSM 2015 & 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan MPSM Kebangsaan telah diadakan pada 17 hingga 19 Mei 2017 bertempat di Summit Hotel, Subang Jaya. Mesyuarat dihadiri oleh semua AJK Penerbitan MPSM Negeri-negeri atau wakilnya. Objektif utama mesyuarat adalah untuk membuat semakan akhir Buku Kembara MPSM 2015 dan 2016 seperti mana diputuskan dalam Mesyuarat AJK MPSM Kebangsaan. 



Mesyuarat dipengerusikan oleh Haji Hamidon bin Haji Khalid, Ketua Biro Penerbitan MPSM Kebangsaan. Sepanjang tiga hari dua malam di Hotel Summit, semua ahli jawatankuasa penerbitan negeri masing-masing telah berjaya memurnikan deraf buku kembara MPSM 2015 dan menyiapkan manuskrip penerbitan kembara MPSM 2016. Tahniah dan syabas.





Diharapkan penerbitan buku kembara MPSM yang julung-julung kali diadakan oleh MPSM menjadi catatan sejarah yang abadi dan ditatap oleh generasi pengetua selepas kita. MPSM Kebangsaan juga berharap semua rakan-rakan pengetua dapat membeli buku kembara ini sebagai koleksi bacaan perpustakaan sekolah masing-masing apabila ia diedarkan ke sekolah-sekolah kelak dengan kerelaan hati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...