Thursday 14 January 2016

Tahniah dan Syabas Dato' Haji Mohd bin Md Isa

MPSM Kebangsaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dato' Haji Mohd bin Md Isa, mantan Ketua Biro Profesional MPSM Kebangsaan yang telah dianugerahkan darjah kebesaran Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran datuk sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan hari ini.


MPSM merasa bangga di atas pengurniaan darjah kebesaran ini kerana kepimpinan pengetua diiktiraf dan jasa bakti pengetua disanjungi oleh pemerintah tertinggi kerajaan negeri. Semoga pengiktirafan tertinggi ini menjadi inspirasi dan melonjakkan semangat yang berkobar-kobar di dalam sanubari rakan-rakan pengetua untuk meningkatkan sumbangan bakti kepada anak-anak bangsa Malaysia yang sedang berada di bangku persekolahan di sekolah masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...