Friday 19 February 2016

Versi baru gabungan SKPM 2003 dan SKPM 2010?

Dato' Mahmud Karim
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) di bawah subseksyen 117(a) memperuntukkan tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu SKPM 2003 telah diperkenalkan bagi maksud itu. SKPM merupakan alat atau instrumen untuk menentukan satu nilai tara atau sukatan aras atau tahap kecemerlangan sekolah.(dan dapat memerihalkan secara eksplisit maksud frasa“taraf (atau standard) pengajaran yang memuaskan” seperti yang disebut dalam Akta 550.

MPSM Kebangsaan bersama-sama beberapa kesatuan pendidikan telah menghadiri Taklimat PKS SKPM 2003 dan SKPM 2010 di Bilik Mesyuarat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti pada 12 Februari 2016 yang lalu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato' Mahmud Karim, Ketua JNJK.

Antara perkara-perkara yang disampaikan di dalam taklimat itu ialah:
  1. SKPM 2003 digunakan oleh PADU bagi tujuan perbandingan dan ranking sekolah-sekolah di Malaysia.
  2. SKPM 2010 digunakan oleh JNJK untuk pemeriksaan penuh sekolah-sekolah.
  3. Semua sekolah dikehendaki mengisi kedua-dua SKPM pada tahun 2016 ini.
  4. Semua sekolah telah menubuhkan Jawatankuasa SKPM masing-masing.
MPSM Kebangsaan bersama-sama kesatuan pendidikan telah mencadangkan supaya PADU dan JNJK menggunakan hanya satu SKPM. JNJK telah mengambil maklum akan hal ini dan akan menerbitkan SKPM G2 yang akan mula digunakan pada tahun 2017.



Tuesday 16 February 2016

Al-Fatihah Allahyarham Haji Mohd Rozi

Seluruh warga MPSM berasa dukacita di atas pemergian Allahyarham Haji Mohd Rozi, Pengetua SMK Bandar Pusat Jengka, Pahang ke Rahmatullah yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya pada hari Sabtu 14 Februari 2016 yang lalu. 

Takziah diucapkan kepada waris dan keluarga Allahyarham. Semoga Allah merahmati dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman.



YDP MPSM Pahang menyampaikan sumbangan khairat kepada keluarga Allahyarham

Antara tetamu yang hadir memberikan penghormatan terakhir 


Wednesday 3 February 2016

Penghantaran artikel untuk Jurnal MPSM Kebangsaan Edisi 2016

Assalamualaikum wrt. wbt..dan salam sejahtera

Kepada semua rakan pengetua,

Adalah dimaklumkan tarikh akhir penghantaran artikel untuk Jurnal Pendidikan MPSM Kebangsaan Edisi 2016 adalah pada 29 Februari 2016

Sila hantar artikel tuan/puan ke alamat email : mfiahudid@ yahoo.com.my

Semua artikel hendaklah disertakan dengan 1 muka surat biodata penyumbang beserta gambar.

Thursday 14 January 2016

Tahniah dan Syabas Dato' Haji Mohd bin Md Isa

MPSM Kebangsaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dato' Haji Mohd bin Md Isa, mantan Ketua Biro Profesional MPSM Kebangsaan yang telah dianugerahkan darjah kebesaran Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran datuk sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan hari ini.


MPSM merasa bangga di atas pengurniaan darjah kebesaran ini kerana kepimpinan pengetua diiktiraf dan jasa bakti pengetua disanjungi oleh pemerintah tertinggi kerajaan negeri. Semoga pengiktirafan tertinggi ini menjadi inspirasi dan melonjakkan semangat yang berkobar-kobar di dalam sanubari rakan-rakan pengetua untuk meningkatkan sumbangan bakti kepada anak-anak bangsa Malaysia yang sedang berada di bangku persekolahan di sekolah masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...