Friday 27 November 2015

Penglibatan MPSM di RCELAM Keempat 2015

RCELAM 4 atau The 4th Regional Conference on Educational Leadership and Management telah dilangsungkan pada 16 hingga 19 November 2015 bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands. Semenjak RCELAM Pertama diadakan pada 10 hingga 12 November 2009 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra Kedah, MPSM telah dilantik menganggotai salah satu jawatankuasa konferens itu.


Pada RCELAM Keempat ini, MPSM telah dilantik sebagai AJK Pelaporan dan AJK Malam Kebudayaan. IAB juga telah membuka penyertaan kepada 50 ahli MPSM seluruh negara. Di samping itu, penyertaan juga dibuka kepada pengetua untuk menjadi pembentang kertas kerja ataupun peserta yang memohon secara atas talian di laman web  IAB.

Kumpulan sapelele SMK Cheras mengadakan latihan uji suara
Pada 17 November, lima sekolah yang telah dijemput membuat persembahan di malam kebudayaan telah mengadakan latihan di sebelah petangnya sebelum membuat persembahan mulai 8.15 malam. Kelima-lima buah sekolah itu ialah:
  1. SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur - Gamelan
  2. SMK Cheras - Sapelele
  3. SMK Undang Jelebu, Kuala Klawang, Negeri Sembilan - Tarian 
  4. SM Sains Tuanku Munawir, Seremban - Cak Lempong
  5. SK Bukit Damansara - Tarian
AJK MPSM menyaksikan raptai persembahan
Video di atas menunjukkan persembahan tarian yang menarik oleh pelajar-pelajar SMK Undang Jelebu Kuala Klawang, Negeri Sembilan diambil dari tepi pentas.
Pengarah IAB sedang merakam video persembahan SMK Undang Jelebu
Puan Hajah Serina binti Sauni, Pengarah Institut Aminuddin Baki yang menyaksikan persembahan bersama-sama peserta-peserta dan penceramah utama kagum dengan persembahan pelajar-pelajar.
Persembahan cak lempong SM Sains Tuanku Munawir, Seremban
Persembahan gamelan SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur
Persembahan terakhir dibuat oleh SMK Cheras yang menampilkan kumpulan sapelele. Kumpulan sapelele turut mendapat perhatian peserta persidangan apabila berajaya mendendangkan pelbagai lagu dalam pelbagai bahasa. Apabila kumpulan sapelele mendendangkan lagu Hindustan, peserta-peserta konferens dari India turut sama menyanyi dan mengikut alunan irama lagu yang didendangkan.
Finale - Semua peserta dijemput menari joget

Sebagai penutup persembahan, pasukan tarian SMK Undang Jelebu mempersembahkan Truly Malaysia diikuti dengan tarian joget bersama-sama semua kumpulan pelajar dari keempat-empat sekolah lagi sambil mengajak peserta konferens ikut menari.

Kepetahan juruacara majlis Dr.Gurcharan dari IAB Genting Highlands telah berjaya mengajak pengarah IAB dan keynote speaker, John Macbeath naik ke pentas dan menari mengikut alunan muzik dan tarian.

Wednesday 25 November 2015

Mesyuarat MPSM Kebangsaan Bilangan 4/2015

Hotel Grand Blue Wave Shah Alam
MPSM Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat AJK Bilangan 4 Sesi 2015-2016 bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Mesyuarat telah berlangsung selama tiga hari iaitu dari 25 hingga 27 Oktober, 2015.

Antara agenda mesyuarat kali ini adalah membincangkan persiapan MPSM Terengganu dalam mengelolakan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-55. Pemangku Yang Dipertua MPSM Terengganu, Tuan Muhamad Yusof bin Tuan Sulaiman telah membuat pembentangan tersebut. Persidangan Ke-55 dicadangkan dijalankan pada 11 hingga 14 April 2016.

Bergambar ramai sebelum memulakan pertandingan


Suatu pertandingan bowling telah diadakan pada petang 26 November 2015 bertempat di Ole-Ole Super Bowl manakala di sebelah malamnya diadakan majlis jasamu dikenang yang dianjurkan oleh MPSM Selangor.




Tuan Haji Khairi bin Bidin mantan YDP Selangor menerima cenderamata kenangan

Puan Hajah Shamshiah Ahmad, YDP WPKL menyampaikan ucapan sebelum persaraan pada November

Encik Ahmad Badri bin Mardi, mantan Ketua Biro Sosial dan Kebajikan menerima cenderamata kenangan daripada Pemangku YDP MPSM Kebangsaan
Nota: Gambar-gambar sepanjang mesyuarat boleh dilihat di Facebook MPSM Kebangsaan.

Tuesday 24 November 2015

Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-54

Peridangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-54 telah dijalankan pada 5 hingga  April 2015. Persidangan kali ini dianjurkan oleh MPSM Negeri Sembilan yang kali terakhir menganjurkan persidangan ini pada tahun 2001. Persidangan kali ke-54 ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri.
Persidangan Ke-54 telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan

Majlis Makan Malam MPSM dinamakan Bergholek Gadang, yang bermaksud Kenduri Besar telah diadakan pada malam ketiga persidangan iaitu pada 7 April 2015. 

AJK MPSM Kebangsaan dan AJK MPSM Negeri Sembilan bergambar bersama KPPM
Tetamu Kehormat Majlis Makan Malam MPSM adalah Dato' Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang turut menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan.

AJK MPSM Negeri Sembilan

Monday 23 November 2015

Kembara MPSM 2015

Sempena Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua-pengetua Sekolah Malaysia Ke-54 bertempat di Royale Bintang Resort and Spa dan Klana Resort, Seremban pada 5 hingga 8 April 2015 yang lalu, MPSM Negeri Sembilan telah mencatatkan satu sejarah baharu bagi persidangan kebangsaan ini dengan julung-julung kalinya mengadakan Kembara MPSM 2015. Di sini sejarahnya tercipta!
Banner Kembara MPSM
Kembara MPSM 2015 yang bermula dari 23 hingga 30 Mac 2015 turut dihadiri oleh AJK MPSM Kebangsaan yang diketuai oleh Tuan Haji Muhamad Khailani bin Abdul Jalil (YDP), Tuan Haji Jamaluddin bin Yaacob (TYDP), Tuan Haji Mohd bin Md Isa (Biro Profesional), Tuan Haji Md Fiah bin Md Jamin (Biro Penerbitan) dan Yang Dipertua MPSM Negeri-negeri.

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat di Surau KGV
Konvoi Kembara MPSM 2015 telah dilepaskan oleh Dato' Hjh Kalsom binti Khalid, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan di perkarangan SMK King George V, Seremban. SMK KIng George V dipilih sebagai venue pelepasan dan penamat kerana teraju kepimpinan utama Negeri Sembilan iaitu Tuanku Muhriz ibni almarhumTuanku Munawir pernah bersekolah di SMK King George V. Sebelum konvoi berlepas, upacara pecah bendera iaitu majlis mengibarkan bendera MPSM diadakan. Ini merupakan suatu lagi sejarah yang dicipta di persidangan ke-54 ini kerana bendera MPSM telah dicipta dan dikibarkan buat pertama kali secara rasmi di Negeri Adat Perpatih itu.

Tayar golek

Sunday 22 November 2015

MPSM Kebangsaan Sepintas Lalu

MPSM adalah singkatan kepada Majlis Pengetua Sekolah Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah atau singkatannya PKPSM. MPSM adalah sebuah badan yang menyatukan para pengetua seluruh negara yang mendasari matlamat memperjuangkan kelangsungan pendidikan menyeluruh dan bertanggungjawab kepada pembangunan pendidikan negara.

Victorian Institution (Tahun 2000)
Persidangan pertama telah diadakan pada 4 hingga 6 Januari 1961 bertempat di Victoria Institution, Kuala Lumpur telah bersetuju menamakan persatuan sebagai "Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah (PKPSM). Penggunaan nama ini dapat memudahkan pelaksanaan program bersama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan PKPSM termasuk pengendalian mesyuarat bengkel, kursus dan seminar.

Pada tahun 2010 PKSM telah  berubah kepada Majlis Pengetua Sekolah Malaysia bagi tujuan penyelarasan dengan semua badan atau persatuan di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia. Perubahan demi perubahan yang dilaksanakan dalam dasar pendidikan kebangsaan mendorong MPSM untuk mempastikan kepimpinan di sekolah melaksanakan pengoperasiannya secara dinamik kreatif dan inovatif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...