Friday 17 February 2017

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan MPSM Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2017

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan MPSM Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2017 telah diadakan pada 15 Februari hingga 17 Februari 2017 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis. Mesyuarat diadakan di negeri Perlis untuk meninjau persiapan MPSM Perlis menjadi tuan rumah kepada Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-56  di samping membincangkan hal-hal kebajikan dan perkhidmatan pengetua.





Selepas mesyuarat hari pertama sebelah petang 15 Februari 2017 selesai, ahli-ahli mesyuarat telah dibawa menikmati keenakan laksa Perlis oleh YDP MPSM Perlis, Encik Abdul Hadi bin Mahamood, Pengetua SMK Kuala Perlis.


Kedai Kak Su Laksa di Kuala Perlis
Di mesyuarat kali ini, MPSM Kebangsaan menerima kemasukan Puan Hajah Ku Mariam Ku Iskandar, Pengetua SMK St.Georges, Pulau Pinang sebagai AJK yang mengetuai Biro R & D dan Pengantarabangsaan, Tahniah Puan Hajah Ku Mariam.

Hjh Ku Mariam bertudung ungu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...