Friday 19 February 2016

Versi baru gabungan SKPM 2003 dan SKPM 2010?

Dato' Mahmud Karim
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) di bawah subseksyen 117(a) memperuntukkan tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu SKPM 2003 telah diperkenalkan bagi maksud itu. SKPM merupakan alat atau instrumen untuk menentukan satu nilai tara atau sukatan aras atau tahap kecemerlangan sekolah.(dan dapat memerihalkan secara eksplisit maksud frasa“taraf (atau standard) pengajaran yang memuaskan” seperti yang disebut dalam Akta 550.

MPSM Kebangsaan bersama-sama beberapa kesatuan pendidikan telah menghadiri Taklimat PKS SKPM 2003 dan SKPM 2010 di Bilik Mesyuarat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti pada 12 Februari 2016 yang lalu. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato' Mahmud Karim, Ketua JNJK.

Antara perkara-perkara yang disampaikan di dalam taklimat itu ialah:
  1. SKPM 2003 digunakan oleh PADU bagi tujuan perbandingan dan ranking sekolah-sekolah di Malaysia.
  2. SKPM 2010 digunakan oleh JNJK untuk pemeriksaan penuh sekolah-sekolah.
  3. Semua sekolah dikehendaki mengisi kedua-dua SKPM pada tahun 2016 ini.
  4. Semua sekolah telah menubuhkan Jawatankuasa SKPM masing-masing.
MPSM Kebangsaan bersama-sama kesatuan pendidikan telah mencadangkan supaya PADU dan JNJK menggunakan hanya satu SKPM. JNJK telah mengambil maklum akan hal ini dan akan menerbitkan SKPM G2 yang akan mula digunakan pada tahun 2017.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...