Wednesday 25 October 2017

Mesyuarat Pengurusan Jawatankuasa MPSM Bil.4/2017

Mesyuarat Pengurusan Jawatnkuasa MPSM Bilangan 4 Tahun 2017 telah dijalankan pada 24 hingga 26 Oktober 2017 bertempat di Hotel Premiera, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

 Bilik seminar Hotel Premiera
Mesyuarat kali ini memfokus kepada persediaan MPSM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan mengelolakan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-57 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada April 2018 nanti.


Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-57 telah dibentangkan oleh Puan Siti Sarimah, Yang Dipertua MPSM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Puan Siti Sarimah
Mesyuarat kali ini turut membincangkan perihal sekolah sukan negeri yang menghadapi masalah dalam pengurusan sukan kerana peruntukan terhad daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Mesyuarat mencadangkan supaya sekolah-sekolah sukan negeri hendaklah diletakkan terus di bawah pentadbiran Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia kerana kedudukannya di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian boleh menyebabkan permbangunan sekolah-sekolah sukan negeri terbantut. Buat masa ini sekolah-sekolah sukan negeri ditadbir oleh Bahagian Sukan dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Mesyuarat juga memutuskan Kembara MPSM diteruskan bagi menguar-uarkan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Ke-57. Pengelolaan kembara MPSM hanyalah di peringkat negeri  masing-masing.                                   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...