Friday 27 November 2015

Penglibatan MPSM di RCELAM Keempat 2015

RCELAM 4 atau The 4th Regional Conference on Educational Leadership and Management telah dilangsungkan pada 16 hingga 19 November 2015 bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands. Semenjak RCELAM Pertama diadakan pada 10 hingga 12 November 2009 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra Kedah, MPSM telah dilantik menganggotai salah satu jawatankuasa konferens itu.


Pada RCELAM Keempat ini, MPSM telah dilantik sebagai AJK Pelaporan dan AJK Malam Kebudayaan. IAB juga telah membuka penyertaan kepada 50 ahli MPSM seluruh negara. Di samping itu, penyertaan juga dibuka kepada pengetua untuk menjadi pembentang kertas kerja ataupun peserta yang memohon secara atas talian di laman web  IAB.

Kumpulan sapelele SMK Cheras mengadakan latihan uji suara
Pada 17 November, lima sekolah yang telah dijemput membuat persembahan di malam kebudayaan telah mengadakan latihan di sebelah petangnya sebelum membuat persembahan mulai 8.15 malam. Kelima-lima buah sekolah itu ialah:
  1. SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur - Gamelan
  2. SMK Cheras - Sapelele
  3. SMK Undang Jelebu, Kuala Klawang, Negeri Sembilan - Tarian 
  4. SM Sains Tuanku Munawir, Seremban - Cak Lempong
  5. SK Bukit Damansara - Tarian
AJK MPSM menyaksikan raptai persembahan
Video di atas menunjukkan persembahan tarian yang menarik oleh pelajar-pelajar SMK Undang Jelebu Kuala Klawang, Negeri Sembilan diambil dari tepi pentas.
Pengarah IAB sedang merakam video persembahan SMK Undang Jelebu
Puan Hajah Serina binti Sauni, Pengarah Institut Aminuddin Baki yang menyaksikan persembahan bersama-sama peserta-peserta dan penceramah utama kagum dengan persembahan pelajar-pelajar.
Persembahan cak lempong SM Sains Tuanku Munawir, Seremban
Persembahan gamelan SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur
Persembahan terakhir dibuat oleh SMK Cheras yang menampilkan kumpulan sapelele. Kumpulan sapelele turut mendapat perhatian peserta persidangan apabila berajaya mendendangkan pelbagai lagu dalam pelbagai bahasa. Apabila kumpulan sapelele mendendangkan lagu Hindustan, peserta-peserta konferens dari India turut sama menyanyi dan mengikut alunan irama lagu yang didendangkan.
Finale - Semua peserta dijemput menari joget

Sebagai penutup persembahan, pasukan tarian SMK Undang Jelebu mempersembahkan Truly Malaysia diikuti dengan tarian joget bersama-sama semua kumpulan pelajar dari keempat-empat sekolah lagi sambil mengajak peserta konferens ikut menari.

Kepetahan juruacara majlis Dr.Gurcharan dari IAB Genting Highlands telah berjaya mengajak pengarah IAB dan keynote speaker, John Macbeath naik ke pentas dan menari mengikut alunan muzik dan tarian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...